Wednesday 10 August 2011

JoM JalAN Ke TeREnGganu Darul Iman..

Terengganu merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang berbaloi untuk dilawati. Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi terutama di bandarnya, Kuala Terengganu (KT). Di sekitar bandar KT, anda boleh berkunjung ke Pasar Kedai Payang yang menjual pelbagai barangan yang serba lengkap - daripada sayur, ikan, cenderamata, pakaian, songket, tembaga dan sebagainya. Selain daripada itu, anda juga boleh berkunjung ke Rantau Abang, Tasik Kenyir, Masjid Kristal, Muzium Terengganu, Pantai Batu Buruk dan banyak lagi.



  •          PASAR KEDAI PAYANG

      Merupakan pilihan yang terbaik untuk membeli barangan merupakan cenderamata ataupun    barangan kraftangan. Semua barang cenderamata ada dijual di sini. Anda mungkin rambang mata untuk membeli pelbagai pilihan barangan seperti songket, batik, kain sutera, tembaga, keropok, hiasan, - dan semuanya dengan harga yang berpatutan. Namun, apabila membeli di sini, anda hendaklah pandai tawar-menawar. Contohnya sehelai songket berharga RM950 (jangan terkejut dengan harga yang diletakkan) mungkin dapat ditawar sehingga RM700, bergantung kepada kepandaian anda dan sememangnya songket di sini merupakan yang terbaik.
Pintu Masuk Ke Pasar Payang
Salah Satu Kedai Yg Menjual Pakaian
  •          RANTAU ABANG

      Selepas puas berjalan ke Pasar Payang, anda boleh berkunjung ke Rantau Abang. Rantau Abang memang terkenal dengan tempat penetasan penyu. Anda dapat merasai pengalaman melihat penyu bertelur dan memegang anak atau telur penyu tersebut. Kalo rase nak release tension, boleh la dtg ke Rantau Abang.
Anak anak Penyu Yang Baru Menetas

Rantau Abang


  •          TASIK KENYIR

      Jika korang rasa nak luaskan pemandangan, korang bolehlah gi Tasik Kenyir. Hehehe... Tasik ini tasik buatan manusia yang terbesar digunakan untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.
Ni la Tasik Kenyir..


  •          PANTAI BATU BURUK

          Pantai Batu Buruk merupakan lokasi pantai utama yang menjadi tumpuan orang ramai. Terletak lebih kurang 3km dari pusat bandar. Pantai Batu Buruk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung di samping pelbagai pilihan makanan yang menarik.

Kedai Yg Menjual Pelbagai Jenis Makanan

Pantai Batu Buruk

  •          MUZIUM TERENGGANU

     Muzium Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Malaysia. Terletak lebih kurang 4-5 km dari pusat bandar, banyak yang boleh anda nikmati di sini. Selain daripada koleksi barangan lama, muzium ini menjanjikan keindahan panorama kepada pengunjungnya.
Muzium Terengganu
Muzium Terengganu Yg Dilihat Pada Waktu Malam

  •          MASJID KRISTAL

     Haaa...ini merupakan salah satu binaan yg terbaru di Terengganu. Ia terletak didalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.
Masjid Kristal Yang dilihat Pada Waktu Malam
Masjid Kristal 








Maghi Pakat Jale ke Negeri Kelantan Darul Naim

Kelantan mempunyai banyak tmpat- tempat menarik yang blh dlawati. Anda boleh melihat keindahan pantai yang terdapat di negeri Kelantan seperti Pantai Cahaya Bulan, Pantai Bisikan Bayu dan banyak lagi. Selain itu terdapat pusat membeli belah seperti KB Mall dan Pasar Siti Khadijah yang menawarkan banyak pilihan barang2 dengan harga yang berpatutan. Kelantan juga terkenal dengan pusat kesenian iaitu Gelanggang Seni dan juga Tokong Buddha Wat Photivia. Jika anda berkunjung ke sini jangan lupa untuk pergi ke tempat- tempat tersebut. Ini kerana anda bukan sahaja akan mendapat pengalaman bah kan juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan tentang keunikkan yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini....

PANTAI CAHAYA BULAN

Pantai Cahaya Bulan... salah satu pantai yg terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak lbh kurang 10km dari Kota Bharu .....juga menjadi pantai pendaratan tentera Jepun semasa menyerang British pada 8 Disember 1941. Dulunya dinamakan Pantai Cinta Berahi, nama yg dikatakan diberi oleh seorang askar British pd zaman Perang Dunia II. Diceritakan askar tersebut telah menderita kerana cinta yg tk berbalas. Masih ada penduduk tempatan yg menggunakan nama lama ini ttp lebih suka merujuk sebagai PCB.
Persisiran pantainya sejauh 1.2 kilometer....terkenal kerana pantai yg panjang dan lebar (suatu masa dulu )...dgn pasir yang putih dan laut yg jernih. Deretan pokok ru dan kelapa menambahkan kecantikan pantai ini. Dgn itu, PCB telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan pelancung & penduduk tempatan, khususnya pd hujung minggu & cuti sekolah. PCB lengkap dgn kemudahan utk pengunjung, terdpt hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, juga tandas awam.

Pemandangan Di Pantai Cahaya Bulan
Pantai Yang Menenangkan

 PANTAI BISIKAN BAYU
Terkenal juga sebagai Pantai Dalam Rhu yang terletak di Perkampungan Semerak, jajahan Pasir Puteh, sejauh 50km dari Kota Bharu. Ia sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana terdapat banyak pokok rhu yang rending yang menjadi peneduh di tepi pantai. Airnya yang jernih amat sesuai untuk aktiviti menyelam, berenang dan juga memancing. Ia turut menjadi tumpuan para penggemar sukan meluncur air sewaktu angin Monsun Timur Laut yang bermula bulan November hingga April.

Pokok Rhu Yang Menjadi Peneduh di Pantai ini


PASAR BESAR SITI KHADIJAH
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.
Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu. Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.
Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.
Pasar Besar Siti Khadijah
Pelbagai barangan Yang Ada di Pasar ini

KB MALL
KB Mall telah terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah “Retail Development”(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober 2007. KB Mall terletak di Bandar Kota Bharu. Di situ terdapat pelbagai pilihan barangan seperti pakaian,peralatan komputer, telefon bimbit dan sebagainya seperti mana yang terdapat di pusat membeli belah yang lain.

KB Mall
Medan Selera Yang Terdapat Dalam KB Mall

GELANGGANG SENI
Gelanggang Seni merupakan tempat persembahan kebudayaan di Negeri Kelantan. Segala jenis permainan tradisional, hasil tangan, silat, tarian, wayang kulit, gasing dan lain-lain akan dimainkan di sini. Ia terletak berhampiran dengan Stadium negeri Kelantan.

Pintu Utama Gelanggang Seni, Kota Bharu
Bermain Gasing di Gelanggang Seni

Wau merupakan Salah Satu Aktiviti di Gelanggang Seni

TOKONG BUDHHA WAT PHOTIVIA
Terletak di Kampung Jambu, Tumpat. Lebih kurang 15km dr Kota Bharu. Ia terkenal untuk dengan patung Buddha berbaring yang terbesar di Malaysia. Patung 40 meter ini telah dibina pada tahun 1973, dan hanya siap pada tahun 1979. Kos pembinaan sebanyak RM350, 000 diperolehi dari sumbangan derma dari orang awam dan pelbagai persatuan Buddha di Malaysia dan Thailand.

Patung Buddha Berbaring Yang Terbesar


Sala Pattivetaya, Wat Phothivihan.
Chinese pavilion at Wat Phothivihan.