Friday 21 October 2011

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur ialah sepasang menara yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Terdapat sebatang jenjantas yang menghubungkan kedua- dua menara ini. Di dalam menara tersebut terdapat pusat membeli- belah dan PETROSAINS iaitu sebuah tempat ynag boleh dikunjungi oleh semua peringkat umur. Pengunjung yang berkunjung ke  PETROSAINS dapat melihat sendiri keajaiban dunia sains. Terdapat replika dinosaur di dalamnya. Ini pasti dapat menarik minat pengunjung terutama kanak- kanak untuk menjelajah kawasan ini. Selain itu, pengunjung boleh mendapatkan cenderamata yang dijual di kedai cenderamata untuk dijadikan kenangan.:)


Replika Dinosaur









*Menara Kuala Lumpur*

Dua buah menara ini menjadi mercu tanda negara kita dan ia menjadi tarikan para pelancong tidak kira dari luar atau dalam Malaysia. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas dan ia telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad pada 1 Oktober 1996. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Menara ini menjadi tumpuan para pelancong kerana ia banyak menyediakan tempat rekreasi. Mennara Kuala Lumpur juga digunakan untuk upacara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadhan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.


Pemandangan pada waktu malam

Tuesday 18 October 2011

~MelaKa: NeGEri Yang BerSejaRaH~

Ape yang menarik di Melaka....macam- macam ade....:)
Negeri Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang terpenting di rantau Asia pada kurun ke- 15 dahulu. Ia masih kekal dengan sejarahnya sehingga ke hari ini. Peninggalan penjajah sedikit sebanyak telah membawa banyak perubahan kepada negeri ini. Negeri Melaka yang terletak 124km dari Kuala Lumpur menjadi destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh mereka yang hendak melancong ke negeri ini.

  • Bukit Saint Paul (Bandar Hilir)
    • Pemandangan Selat MelakaBukit ini menempatkan “Our Lady of the Hill”, sebuah gereja Saint Paul yang dibina di puncaknya pada tahun 1521. Gereja Portugis yang menghadap keindahan dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit syiling. Jangan lupa ambil gambar dengan patung Saint Paul yang kudung tangan kerana terkena serpihan bom.

      Bukit St Paul


  • Kota A' Famosa
    • Peninggalan Penaklukan Portugis Kubu A’Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.

      Kota A' Famosa

  • Bangunan Stadhuys
    • Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.





  • Dataran Pahlawan
    • Makan-Makan, Ole-Ole dan Macam-Macam Dataran Pahlawan ini attraction baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.
Pusat membeli belah Dataran Pahlawan

Berhadapan Dataran Pahlawan: Mahkota Parade

  • Jonker Street
    • Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.


  • Menara Taming Sari
    • Tiket berharga RM10 bagi warganegara Malaysia manakala RM 20 bagi pelancong asing. Ia dibuka setiap hari mulai 10 pagi hingga 10 malam.


  • Melaka River Cruises
    • Satu tempat yang menarik. Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Melaka. Pengunjung dapat melihat kawasan persekitaran seperti perkampungan lama, muzium. Pengunjung digalakkan untuk menikmati perkhidmatan ini pada waktu malam kerana, mereka akan dapat melihat pemandangan pada waktu malam yang disinari dengan cahaya- cahaya neon..:)
Menyusuri sungai Melaka..

  • Zoo Melaka
    • Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Tempat ini sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Kanak- kanak dapat melihat pelbagai gelagat haiwan yang terdapat di zoo ini.
    • Pelbagai binatang ada di zoo Melaka seperti zirafah, gajah, merak,harimau, kuda dan banyak lagi.

Pintu masuk ke Zoo Melaka


~Pahang Darul Makmur~

Pahang merupakan sebuah negeri yang indah. Di SiTu terDapat Pelbagai tempAt menariK yang boleh dilawati.
Antaranya seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Gambang Water Park Resort, Pantai Cherating, Teluk Chempedak dan banyak lagi...:)


  • GentIng HighlaNDs

    • Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting ialah puncak gunung yang terletak di Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan terkenal di Malaysia. Perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira- kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel seperti Resort Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.
    • Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sini adalah taman tema, padang golf, pusat membeli belah dan banyak lagi. Tempat peranginan ini sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga kerana ia dapat menenangkan fikiran seseorang itu. :)
Genting Highlands

  • Cameron HighlanDs
    • Tanah Rata Cameron merupakan antara salah satu tempat percutian seisi keluarga yang sangat popular di Pahang. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai suhu 10 hingga 20 darjah celcius. Keindahan Cameron pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. 
    • Pemandangan dari atas 
      Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
      Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia  jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
      Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brinchang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

      Buah Strawberi yang sangat sedap..:)

      Ladang Teh di Cameron Highlands

      Nak dapatkan Teh Cameron, datanglah sini...hehehe
  • Teluk Chempedak
    • Hmmm...Teluk Chempedak merupakan salah satu pantai yang sangat popular dan paling kerap dikunjungi oleh pelancong dan juga penduduk di sekitar Kuantan. Teluk Chempedak terletak tidak jauh daripada bandar Kuantan.
    • Di Teluk Chempedak terdapat banyak kedai yang menjual cenderamata seperti rantai kunci, t-shirt dan sebagainya. Pengunjung boleh mendapatkan cenderamat yang mereka suka dengan harga yang berpatutan.
    • Di Teluk Chempedak juga terdapat restoran makanan seperti Mc D, KFC dan banyak lagi.. Jika anda lapar, anda boleh singgah di sini. selain dapat melihat pemandangan yang menarik, pengunjung boleh menikmati juadah makanan yang dibeli atau dibawa dari rumah...:)
Pantai Teluk Chempedak..best....

Teluk Chempedak

KFC Teluk Chempedak

  • Bukit Gambang Water Park
    • Bukit Gambang Water Park merupakan satu tempat percutian yang baru di negeri Pahang. 
    • Kegiatan air yang menyeronokkan boleh dinikmati di Bukit Gambang Water Park yang menawarkan kolam renang yang berombak besar. Kegiatan luar seperti paintball dan flying fox atau balapan berhalang (obstacle course) ada disediakan.  Selain itu, sekiranya mereka yang datang luar dari Kuantan, mereka boleh memilih untuk menginap di resort yang terdapat di sini.
    • Tarikan utama disini adalah taman tema air tersebut yang diberi nama Coco Beach (merupakan yang terbesar di Malaysia), Tree Top Hill Slide dan Penguin Island( bagi kanak-kanak).
    • Keseronokan dapat dirasa jika setipa pengunjung mencuba semua jenis permainan yang terdapat disini..:)
Perkhidmatan Kereta Kuda

Penguin Island

Coco Beach



Tempat penginapan