Wednesday 10 August 2011

JoM JalAN Ke TeREnGganu Darul Iman..

Terengganu merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang berbaloi untuk dilawati. Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi terutama di bandarnya, Kuala Terengganu (KT). Di sekitar bandar KT, anda boleh berkunjung ke Pasar Kedai Payang yang menjual pelbagai barangan yang serba lengkap - daripada sayur, ikan, cenderamata, pakaian, songket, tembaga dan sebagainya. Selain daripada itu, anda juga boleh berkunjung ke Rantau Abang, Tasik Kenyir, Masjid Kristal, Muzium Terengganu, Pantai Batu Buruk dan banyak lagi.



  •          PASAR KEDAI PAYANG

      Merupakan pilihan yang terbaik untuk membeli barangan merupakan cenderamata ataupun    barangan kraftangan. Semua barang cenderamata ada dijual di sini. Anda mungkin rambang mata untuk membeli pelbagai pilihan barangan seperti songket, batik, kain sutera, tembaga, keropok, hiasan, - dan semuanya dengan harga yang berpatutan. Namun, apabila membeli di sini, anda hendaklah pandai tawar-menawar. Contohnya sehelai songket berharga RM950 (jangan terkejut dengan harga yang diletakkan) mungkin dapat ditawar sehingga RM700, bergantung kepada kepandaian anda dan sememangnya songket di sini merupakan yang terbaik.
Pintu Masuk Ke Pasar Payang
Salah Satu Kedai Yg Menjual Pakaian
  •          RANTAU ABANG

      Selepas puas berjalan ke Pasar Payang, anda boleh berkunjung ke Rantau Abang. Rantau Abang memang terkenal dengan tempat penetasan penyu. Anda dapat merasai pengalaman melihat penyu bertelur dan memegang anak atau telur penyu tersebut. Kalo rase nak release tension, boleh la dtg ke Rantau Abang.
Anak anak Penyu Yang Baru Menetas

Rantau Abang


  •          TASIK KENYIR

      Jika korang rasa nak luaskan pemandangan, korang bolehlah gi Tasik Kenyir. Hehehe... Tasik ini tasik buatan manusia yang terbesar digunakan untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.
Ni la Tasik Kenyir..


  •          PANTAI BATU BURUK

          Pantai Batu Buruk merupakan lokasi pantai utama yang menjadi tumpuan orang ramai. Terletak lebih kurang 3km dari pusat bandar. Pantai Batu Buruk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung di samping pelbagai pilihan makanan yang menarik.

Kedai Yg Menjual Pelbagai Jenis Makanan

Pantai Batu Buruk

  •          MUZIUM TERENGGANU

     Muzium Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Malaysia. Terletak lebih kurang 4-5 km dari pusat bandar, banyak yang boleh anda nikmati di sini. Selain daripada koleksi barangan lama, muzium ini menjanjikan keindahan panorama kepada pengunjungnya.
Muzium Terengganu
Muzium Terengganu Yg Dilihat Pada Waktu Malam

  •          MASJID KRISTAL

     Haaa...ini merupakan salah satu binaan yg terbaru di Terengganu. Ia terletak didalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.
Masjid Kristal Yang dilihat Pada Waktu Malam
Masjid Kristal 








No comments:

Post a Comment