Replika Dinosaur |
Malaysia memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik. Anda boleh memilih untuk pergi melancong ke mana- mana yang anda suka. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, ia dapat menarik ramai pelancong terutama dari negara lain.Di antara destinasi pelancongan menarik di Malaysia ialah Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Menara Kuala Lumpur dan Menara PETRONAS.
Friday, 21 October 2011
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur ialah sepasang menara yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Terdapat sebatang jenjantas yang menghubungkan kedua- dua menara ini. Di dalam menara tersebut terdapat pusat membeli- belah dan PETROSAINS iaitu sebuah tempat ynag boleh dikunjungi oleh semua peringkat umur. Pengunjung yang berkunjung ke PETROSAINS dapat melihat sendiri keajaiban dunia sains. Terdapat replika dinosaur di dalamnya. Ini pasti dapat menarik minat pengunjung terutama kanak- kanak untuk menjelajah kawasan ini. Selain itu, pengunjung boleh mendapatkan cenderamata yang dijual di kedai cenderamata untuk dijadikan kenangan.:)
*Menara Kuala Lumpur*
Dua buah menara ini menjadi mercu tanda negara kita dan ia menjadi tarikan para pelancong tidak kira dari luar atau dalam Malaysia. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas dan ia telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad pada 1 Oktober 1996. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Menara ini menjadi tumpuan para pelancong kerana ia banyak menyediakan tempat rekreasi. Mennara Kuala Lumpur juga digunakan untuk upacara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadhan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.
Pemandangan pada waktu malam |
Tuesday, 18 October 2011
~MelaKa: NeGEri Yang BerSejaRaH~
Ape yang menarik di Melaka....macam- macam ade....:)
Negeri Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang terpenting di rantau Asia pada kurun ke- 15 dahulu. Ia masih kekal dengan sejarahnya sehingga ke hari ini. Peninggalan penjajah sedikit sebanyak telah membawa banyak perubahan kepada negeri ini. Negeri Melaka yang terletak 124km dari Kuala Lumpur menjadi destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh mereka yang hendak melancong ke negeri ini.
Negeri Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang terpenting di rantau Asia pada kurun ke- 15 dahulu. Ia masih kekal dengan sejarahnya sehingga ke hari ini. Peninggalan penjajah sedikit sebanyak telah membawa banyak perubahan kepada negeri ini. Negeri Melaka yang terletak 124km dari Kuala Lumpur menjadi destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh mereka yang hendak melancong ke negeri ini.
- Bukit Saint Paul (Bandar Hilir)
- Pemandangan Selat MelakaBukit ini menempatkan “Our Lady of the Hill”, sebuah gereja Saint Paul yang dibina di puncaknya pada tahun 1521. Gereja Portugis yang menghadap keindahan dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit syiling. Jangan lupa ambil gambar dengan patung Saint Paul yang kudung tangan kerana terkena serpihan bom.
Bukit St Paul
- Kota A' Famosa
- Peninggalan Penaklukan Portugis Kubu A’Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.
Kota A' Famosa
- Bangunan Stadhuys
- Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.
- Dataran Pahlawan
- Makan-Makan, Ole-Ole dan Macam-Macam Dataran Pahlawan ini attraction baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.
Pusat membeli belah Dataran Pahlawan |
Berhadapan Dataran Pahlawan: Mahkota Parade |
- Jonker Street
- Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.
- Menara Taming Sari
- Tiket berharga RM10 bagi warganegara Malaysia manakala RM 20 bagi pelancong asing. Ia dibuka setiap hari mulai 10 pagi hingga 10 malam.
- Melaka River Cruises
- Satu tempat yang menarik. Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Melaka. Pengunjung dapat melihat kawasan persekitaran seperti perkampungan lama, muzium. Pengunjung digalakkan untuk menikmati perkhidmatan ini pada waktu malam kerana, mereka akan dapat melihat pemandangan pada waktu malam yang disinari dengan cahaya- cahaya neon..:)
Menyusuri sungai Melaka.. |
- Zoo Melaka
- Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Tempat ini sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Kanak- kanak dapat melihat pelbagai gelagat haiwan yang terdapat di zoo ini.
- Pelbagai binatang ada di zoo Melaka seperti zirafah, gajah, merak,harimau, kuda dan banyak lagi.
Pintu masuk ke Zoo Melaka |
~Pahang Darul Makmur~
Pahang merupakan sebuah negeri yang indah. Di SiTu terDapat Pelbagai tempAt menariK yang boleh dilawati.
Antaranya seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Gambang Water Park Resort, Pantai Cherating, Teluk Chempedak dan banyak lagi...:)
Antaranya seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Gambang Water Park Resort, Pantai Cherating, Teluk Chempedak dan banyak lagi...:)
- GentIng HighlaNDs
- Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting ialah puncak gunung yang terletak di Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan terkenal di Malaysia. Perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira- kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel seperti Resort Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel.
- Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sini adalah taman tema, padang golf, pusat membeli belah dan banyak lagi. Tempat peranginan ini sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga kerana ia dapat menenangkan fikiran seseorang itu. :)
Genting Highlands |
- Cameron HighlanDs
- Tanah Rata Cameron merupakan antara salah satu tempat percutian seisi keluarga yang sangat popular di Pahang. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai suhu 10 hingga 20 darjah celcius. Keindahan Cameron pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Pemandangan dari atas Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brinchang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
Buah Strawberi yang sangat sedap..:)
Ladang Teh di Cameron Highlands
Nak dapatkan Teh Cameron, datanglah sini...hehehe - Teluk Chempedak
- Hmmm...Teluk Chempedak merupakan salah satu pantai yang sangat popular dan paling kerap dikunjungi oleh pelancong dan juga penduduk di sekitar Kuantan. Teluk Chempedak terletak tidak jauh daripada bandar Kuantan.
- Di Teluk Chempedak terdapat banyak kedai yang menjual cenderamata seperti rantai kunci, t-shirt dan sebagainya. Pengunjung boleh mendapatkan cenderamat yang mereka suka dengan harga yang berpatutan.
- Di Teluk Chempedak juga terdapat restoran makanan seperti Mc D, KFC dan banyak lagi.. Jika anda lapar, anda boleh singgah di sini. selain dapat melihat pemandangan yang menarik, pengunjung boleh menikmati juadah makanan yang dibeli atau dibawa dari rumah...:)
Pantai Teluk Chempedak..best.... |
Teluk Chempedak |
KFC Teluk Chempedak |
- Bukit Gambang Water Park
- Bukit Gambang Water Park merupakan satu tempat percutian yang baru di negeri Pahang.
- Kegiatan air yang menyeronokkan boleh dinikmati di Bukit Gambang Water Park yang menawarkan kolam renang yang berombak besar. Kegiatan luar seperti paintball dan flying fox atau balapan berhalang (obstacle course) ada disediakan. Selain itu, sekiranya mereka yang datang luar dari Kuantan, mereka boleh memilih untuk menginap di resort yang terdapat di sini.
- Tarikan utama disini adalah taman tema air tersebut yang diberi nama Coco Beach (merupakan yang terbesar di Malaysia), Tree Top Hill Slide dan Penguin Island( bagi kanak-kanak).
- Keseronokan dapat dirasa jika setipa pengunjung mencuba semua jenis permainan yang terdapat disini..:)
Perkhidmatan Kereta Kuda |
Penguin Island |
Coco Beach |
Tempat penginapan |
Saturday, 27 August 2011
Kelate Kito-Fendi..
Acu demo kelih video ni...best gok lagu ni..dio cito pasal negeri kelate....EnJOy.....hehehe :)
Wednesday, 10 August 2011
JoM JalAN Ke TeREnGganu Darul Iman..
Terengganu merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang berbaloi untuk dilawati. Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi terutama di bandarnya, Kuala Terengganu (KT). Di sekitar bandar KT, anda boleh berkunjung ke Pasar Kedai Payang yang menjual pelbagai barangan yang serba lengkap - daripada sayur, ikan, cenderamata, pakaian, songket, tembaga dan sebagainya. Selain daripada itu, anda juga boleh berkunjung ke Rantau Abang, Tasik Kenyir, Masjid Kristal, Muzium Terengganu, Pantai Batu Buruk dan banyak lagi.
- PASAR KEDAI PAYANG
Merupakan pilihan yang terbaik untuk membeli barangan merupakan cenderamata ataupun barangan kraftangan. Semua barang cenderamata ada dijual di sini. Anda mungkin rambang mata untuk membeli pelbagai pilihan barangan seperti songket, batik, kain sutera, tembaga, keropok, hiasan, - dan semuanya dengan harga yang berpatutan. Namun, apabila membeli di sini, anda hendaklah pandai tawar-menawar. Contohnya sehelai songket berharga RM950 (jangan terkejut dengan harga yang diletakkan) mungkin dapat ditawar sehingga RM700, bergantung kepada kepandaian anda dan sememangnya songket di sini merupakan yang terbaik.
Pintu Masuk Ke Pasar Payang |
Salah Satu Kedai Yg Menjual Pakaian |
- RANTAU ABANG
Selepas puas berjalan ke Pasar Payang, anda boleh berkunjung ke Rantau Abang. Rantau Abang memang terkenal dengan tempat penetasan penyu. Anda dapat merasai pengalaman melihat penyu bertelur dan memegang anak atau telur penyu tersebut. Kalo rase nak release tension, boleh la dtg ke Rantau Abang.
Anak anak Penyu Yang Baru Menetas |
Rantau Abang |
- TASIK KENYIR
Jika korang rasa nak luaskan pemandangan, korang bolehlah gi Tasik Kenyir. Hehehe... Tasik ini tasik buatan manusia yang terbesar digunakan untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.
Ni la Tasik Kenyir.. |
- PANTAI BATU BURUK
Pantai Batu Buruk merupakan lokasi pantai utama yang menjadi tumpuan orang ramai. Terletak lebih kurang 3km dari pusat bandar. Pantai Batu Buruk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung di samping pelbagai pilihan makanan yang menarik.
Kedai Yg Menjual Pelbagai Jenis Makanan |
Pantai Batu Buruk |
- MUZIUM TERENGGANU
Muzium Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Malaysia. Terletak lebih kurang 4-5 km dari pusat bandar, banyak yang boleh anda nikmati di sini. Selain daripada koleksi barangan lama, muzium ini menjanjikan keindahan panorama kepada pengunjungnya.
Muzium Terengganu |
Muzium Terengganu Yg Dilihat Pada Waktu Malam |
- MASJID KRISTAL
Haaa...ini merupakan salah satu binaan yg terbaru di Terengganu. Ia terletak didalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.
Masjid Kristal Yang dilihat Pada Waktu Malam |
Masjid Kristal |
Maghi Pakat Jale ke Negeri Kelantan Darul Naim
Kelantan mempunyai banyak tmpat- tempat menarik yang blh dlawati. Anda boleh melihat keindahan pantai yang terdapat di negeri Kelantan seperti Pantai Cahaya Bulan, Pantai Bisikan Bayu dan banyak lagi. Selain itu terdapat pusat membeli belah seperti KB Mall dan Pasar Siti Khadijah yang menawarkan banyak pilihan barang2 dengan harga yang berpatutan. Kelantan juga terkenal dengan pusat kesenian iaitu Gelanggang Seni dan juga Tokong Buddha Wat Photivia. Jika anda berkunjung ke sini jangan lupa untuk pergi ke tempat- tempat tersebut. Ini kerana anda bukan sahaja akan mendapat pengalaman bah kan juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan tentang keunikkan yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini....
PANTAI CAHAYA BULAN
PANTAI BISIKAN BAYU
PASAR BESAR SITI KHADIJAH
KB MALL
GELANGGANG SENI
TOKONG BUDHHA WAT PHOTIVIA
PANTAI CAHAYA BULAN
Pantai Cahaya Bulan... salah satu pantai yg terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak lbh kurang 10km dari Kota Bharu .....juga menjadi pantai pendaratan tentera Jepun semasa menyerang British pada 8 Disember 1941. Dulunya dinamakan Pantai Cinta Berahi, nama yg dikatakan diberi oleh seorang askar British pd zaman Perang Dunia II. Diceritakan askar tersebut telah menderita kerana cinta yg tk berbalas. Masih ada penduduk tempatan yg menggunakan nama lama ini ttp lebih suka merujuk sebagai PCB.
Persisiran pantainya sejauh 1.2 kilometer....terkenal kerana pantai yg panjang dan lebar (suatu masa dulu )...dgn pasir yang putih dan laut yg jernih. Deretan pokok ru dan kelapa menambahkan kecantikan pantai ini. Dgn itu, PCB telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan pelancung & penduduk tempatan, khususnya pd hujung minggu & cuti sekolah. PCB lengkap dgn kemudahan utk pengunjung, terdpt hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, juga tandas awam.
Pemandangan Di Pantai Cahaya Bulan |
Pantai Yang Menenangkan |
Terkenal juga sebagai Pantai Dalam Rhu yang terletak di Perkampungan Semerak, jajahan Pasir Puteh, sejauh 50km dari Kota Bharu. Ia sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana terdapat banyak pokok rhu yang rending yang menjadi peneduh di tepi pantai. Airnya yang jernih amat sesuai untuk aktiviti menyelam, berenang dan juga memancing. Ia turut menjadi tumpuan para penggemar sukan meluncur air sewaktu angin Monsun Timur Laut yang bermula bulan November hingga April.
Pokok Rhu Yang Menjadi Peneduh di Pantai ini |
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.
Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu. Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.
Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.
Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu. Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.
Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.
Pasar Besar Siti Khadijah |
Pelbagai barangan Yang Ada di Pasar ini |
KB Mall telah terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah “Retail Development”(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober 2007. KB Mall terletak di Bandar Kota Bharu. Di situ terdapat pelbagai pilihan barangan seperti pakaian,peralatan komputer, telefon bimbit dan sebagainya seperti mana yang terdapat di pusat membeli belah yang lain.
KB Mall |
Medan Selera Yang Terdapat Dalam KB Mall |
Gelanggang Seni merupakan tempat persembahan kebudayaan di Negeri Kelantan. Segala jenis permainan tradisional, hasil tangan, silat, tarian, wayang kulit, gasing dan lain-lain akan dimainkan di sini. Ia terletak berhampiran dengan Stadium negeri Kelantan.
Pintu Utama Gelanggang Seni, Kota Bharu |
Bermain Gasing di Gelanggang Seni |
Wau merupakan Salah Satu Aktiviti di Gelanggang Seni |
Terletak di Kampung Jambu, Tumpat. Lebih kurang 15km dr Kota Bharu. Ia terkenal untuk dengan patung Buddha berbaring yang terbesar di Malaysia. Patung 40 meter ini telah dibina pada tahun 1973, dan hanya siap pada tahun 1979. Kos pembinaan sebanyak RM350, 000 diperolehi dari sumbangan derma dari orang awam dan pelbagai persatuan Buddha di Malaysia dan Thailand.
Patung Buddha Berbaring Yang Terbesar |
Subscribe to:
Posts (Atom)