Replika Dinosaur |
Malaysia memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik. Anda boleh memilih untuk pergi melancong ke mana- mana yang anda suka. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, ia dapat menarik ramai pelancong terutama dari negara lain.Di antara destinasi pelancongan menarik di Malaysia ialah Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Menara Kuala Lumpur dan Menara PETRONAS.
Friday, 21 October 2011
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur ialah sepasang menara yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Terdapat sebatang jenjantas yang menghubungkan kedua- dua menara ini. Di dalam menara tersebut terdapat pusat membeli- belah dan PETROSAINS iaitu sebuah tempat ynag boleh dikunjungi oleh semua peringkat umur. Pengunjung yang berkunjung ke PETROSAINS dapat melihat sendiri keajaiban dunia sains. Terdapat replika dinosaur di dalamnya. Ini pasti dapat menarik minat pengunjung terutama kanak- kanak untuk menjelajah kawasan ini. Selain itu, pengunjung boleh mendapatkan cenderamata yang dijual di kedai cenderamata untuk dijadikan kenangan.:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment