Ape yang menarik di Melaka....macam- macam ade....:)
Negeri Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang terpenting di rantau Asia pada kurun ke- 15 dahulu. Ia masih kekal dengan sejarahnya sehingga ke hari ini. Peninggalan penjajah sedikit sebanyak telah membawa banyak perubahan kepada negeri ini. Negeri Melaka yang terletak 124km dari Kuala Lumpur menjadi destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh mereka yang hendak melancong ke negeri ini.
- Bukit Saint Paul (Bandar Hilir)
Pemandangan Selat MelakaBukit ini menempatkan “Our Lady of the Hill”, sebuah gereja Saint Paul yang dibina di puncaknya pada tahun 1521. Gereja Portugis yang menghadap keindahan dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit syiling. Jangan lupa ambil gambar dengan patung Saint Paul yang kudung tangan kerana terkena serpihan bom.
|
Bukit St Paul |
- Kota A' Famosa
- Bangunan Stadhuys
Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.
- Dataran Pahlawan
- Makan-Makan, Ole-Ole dan Macam-Macam Dataran Pahlawan ini attraction baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.
|
Pusat membeli belah Dataran Pahlawan |
|
Berhadapan Dataran Pahlawan: Mahkota Parade |
- Jonker Street
Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.
- Menara Taming Sari
- Tiket berharga RM10 bagi warganegara Malaysia manakala RM 20 bagi pelancong asing. Ia dibuka setiap hari mulai 10 pagi hingga 10 malam.
- Melaka River Cruises
- Satu tempat yang menarik. Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Melaka. Pengunjung dapat melihat kawasan persekitaran seperti perkampungan lama, muzium. Pengunjung digalakkan untuk menikmati perkhidmatan ini pada waktu malam kerana, mereka akan dapat melihat pemandangan pada waktu malam yang disinari dengan cahaya- cahaya neon..:)
|
Menyusuri sungai Melaka.. |
- Zoo Melaka
- Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Tempat ini sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Kanak- kanak dapat melihat pelbagai gelagat haiwan yang terdapat di zoo ini.
- Pelbagai binatang ada di zoo Melaka seperti zirafah, gajah, merak,harimau, kuda dan banyak lagi.
|
Pintu masuk ke Zoo Melaka |
No comments:
Post a Comment